Sunday, January 05, 2014

LDR sangat indah :)




Assalamualaikum readers
:)
LDR aka Long Distance adalah relationship or Percintaan Jarak Jauh
adalah satu percintaan yang paling susah sekali.
Ramai yang ngeri mendengar terma ini. Yela LDR ini selalu bertemu kegagalan di tengah jalan. 
Tapi bukan semua kalau kita tahu "Do's and don'ts" dalam LDR.
Aku tgh berjinak jinak dalam fasa LDR. 
Alhamdulillah mungkin rezeki Allah buat aku, dikurniakan seorang sahabat buah hati yang cukup matang dan sabar melayan kerenah aku
:)
Memang bukan mudah menjaga emosi ketika LDR. 
Tapi aku pilih untuk bertahan. Apa Do's and Dont's yang perlu kau tahu dalam LDR?
Kalau tanya encik google, beribu link diberi untuk memberi panduan pada kita. 
ada cerita sedih, cerita best, indah romentik..
Ahhhhh...xpenting la semua tuu, yg penting setiap org ada cerita sendiri..
Kan????
Apa yang akan aku tulis ini adalah apa yg aku sendiri akan memperjuangkan LDR.

DO'S :

1. Kuat..
Kuat di sini bermaksud kuat dari segi emosi. 
Ketika ini kau akan rasa hati kau berperang dengan akal.
Hati - hati terutama bila kau seorang pelajar. Jangan hilang fokus. 
Jangan bawa masalah cinta dengan belajar. 
Jangan biarkan rasa rindu pada si dia yang jauh menggangu tumpuan kau ketika belajar. 
Cakap mudah, bagaimana aku implimentasi kan kata-kata aku ini? Sibukkan diri dengan kerja.
Basuh pinggan, basuh rumah, basuh bilik, basuh semua yg beh dibasuh..hahahaha makan, baca buku, tidur. Jangan 24 jam kau menghadap Facebook untuk stalk isi hati kau.
Belum tentu kau stalk dia, kau tahu dia curang ataupun tidak.

2. Bersahabat dengan sahabat si dia. AKA pasang spy.
Bukan untuk mengongkong. Tapi untuk tahu perkembangan terkini. 
Lagi-lagi lelaki. Kalau ada apa-apa suka sangat berahsia. 
Kita yang perempuan kadang-kadang bukan apa, risau dengan orang jauh. 
Sakit ke, tak makan ke, ponteng ke, mula bergaul bebas ke? Risau faham? 
Aku dah nampak ada yang berkata "Alah,sama jugak macam mengongkong!".
Baiklah. K fined :)
Terserah apa kata uolls tentang termanya. Bagi aku adat bercinta.
Pasti ada sedikit perasaan nak mengongkong, Tak banyak. Sedikit pasti ada. 
Tipu kalau ada yang kata "Aku biarkan kekasih aku buat apa yang dia nak buat, asal dia bahagia, walau aku sakit hati".
Kalau ada yang begitu, jumpa aku. Aku belanja gula2 20sen..

3. Jaga komunikasi..
Bagi aku, LDR bukan alasan untuk kau buang masa Skype hari-hari, msg, call..
Ingat :)
kita ada tanggungjawab lain. 
Kalau yang sama negera, berbeza tempat, bukan alasan untuk kau menghabiskan duit untuk topup dan bergayut sepanjang masa. Ada masa kita boleh berbual. 
Ada masa kita perlu beri ruang untuk sahabat kita lakukan benda lain.
Ingat :)
Sahabat bukan hak milik kekal kita lagi. Kita tak ada hak mutlak untuk arahkan dia buat apa kau nak melainkan dia memang setuju untuk ikut arahan kau.
Macam aku sendiri, dugaan sangat besar. Dia tak ada internet connection kat sana..
Phone dia pun phone biasa yg just boleh call n msg shj..
dia on9 pun dua bulan tiga bulan sekali. 
Facebook apatah lagi. Nama sahaja wujud akaun tapi bagai tak bertuan.
Kadang-kadang aku yang tolong signin kan...hahahahaha
*kantoi.. harap beliau tidak membaca entry ini*. 
Bagaimana kami berhubung? Contact bila ada kelapangan n rzeki sahaja.
Dia jarang topup. Bagaimana kami manage?
Jom tengok Do's nombor 4..

4. Percaya dan sabar..
Kepercayaan dan kesabaran adalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan.
Tak kira lah perhubungan jarak dekat ataupun jarak jauh.
Tak kisah la korang dah kahwin ataupun tidak.
Cuma perhubungan jarak jauh ini memerlukan kepercayaan dan kesabaran yang sangat tinggi.
Aku ulang... SANGAT TINGGI.
Kalau kau rasa kau tak mampu, jangan teruskan. Kau akan makan diri.
Tapi kalau kau betul percaya, sabar,teruskan... :)
Dia mungkin teman kau di syurga kelak. InsyaAllah. 
Bagaimana nak pastikan kita boleh percaya dia atau tidak ??
Mudah...
Allah katakan, apabila perlu buat pilihan, buat apa? 
Pandai anak-anak sekalian. Yeayy tepuk tangan..
 Istikharah adalah jalan terbaik. 
Aku tak perlu nyanyikan lagu Istikharah Cinta nyanyian Sigma bukan?
Hahahahahaa lagu fav aku tuu 

5. Jujur dan persefahaman...
Do's yang kelima ini mempengaruhi do's yang keempat. Jangan takut untuk jujur.
 Walaupun pahit. Jangan simpan perasaan. 
Apa guna Allah sediakan pasangan,
kalau bukan salah satu fungsinya adalah untuk menjadi bahu ketiga kita.
Eh, yang belum berkahwin,...
 jangan kau gatal-gatal letak tangan atau apa sahaja lapisan kulit kau pada bahu dia. 
Ishhh3...Berdosa... 
Tapi tak salah kan bercerita. Sedikit sebanyak kuranglah bebanan itu.
Tapi, sebaik-baik tempat mengadu itu Allah. 
Percaya aku, kau cerita A-Z pada Dia, kau akan puas.



6. Ingat tarikh-tarikh penting...
Nama lagi tarikh penting Beb. Haruslah orang yang special tu merajuk,
 kalau kau tak ingat hari lahirnya.
Dan jangan lupa juga peristiwa manis yang kau berdua lalui sama-sama.
Pasti kau senyum sendiri bila bayangkan gaya dia bercerita tentang kenangan indah kau berdua. Macam aku,
kami selalu tujukan lagu, pastu ....
raikan ulangtahun walau sekadar ucapan pendek, itu sudah cukup...

7. Doa dan tawakkal...
Ini adalah apa yang orang kata "wrapper",
 kepada segala usaha yang telah kau lakukan seperti di atas.
Doa, solat hajat minta Allah jaga si dia untuk kita.
InsyaAllah kalau dah jodoh, tak lari gunung di kejar.
Yang penting, kita kena berusaha.
Selepas berusaha, kita tawakal, mudah-mudahan, segala usaha kita Allah nampak.
Aku ada formula sendiri..
Usaha + doa = tawakal ... senang bukan :)

Setiap perkara mesti ada do's and don'ts.
Termasuk lah dalam LDR ni, banyak benda yang kita perlu buat dan banyak juga benda yang kita tak patut buat.

DON'T S :

1. Cemburu buta...
Ini bahaya Beb... Paling bahaya...
Silap hari bulan perang dunia yang ke berapa entah akan meletus.
 Ok... Cemburu tak apa. Jangan cembura mengkhinzir buta.
 Nampak si perempuan berbalas komen dengan kawan lelaki,
terus merajuk tak nak kawan dua hari.
Most of the time,
perasaan cemburu adalah punca daripada kekurangan perasaan percaya
 kepada pasangan masing-masing.
Dengan kata lain, perasaan insecure.
Seperti yang kita tahu, cemburu kan tanda sayang.
 Tapi jangan lah lebih had. lelaki rimas perempuan kuat cemburu tau. Aku tak tipu.
Aku rasa perempuan pun mcm tu jgk..
Yg penting jgn cemburu buta la senang crita..percaya kan dia :)

2. Terlalu berharap...
Ini juga bahaya bagi yang belum kahwin.
Sepetutnya, anda yang belum kahwin perlu lah play it cool.
 Biasa-biasa sahaja. Jangan terlampau take for granted. Sentiasa bersedia untuk kehilangan.
 Tapi jangan lupa untuk bina tembok kesabaran dan kesetiaan antara both of you guys.
And then, tawakal lah agar Allah beri yang terbaik buat kau berdua.
Dan moga-moga, korang cepat kahwin.
Dengan kata lain, kau tak kan tertekan sangat kalau takdir berkata yang dia adalah bukan untuk kau.
T_T
*Don'ts ini boleh diaplikasi juga untuk SDR*

3. Berahsia dan berbohong...
Rujuk semula Do's nombor 5.
Apa yang kau akan dapat kalau kau tetap ingkar arahan Don'ts ini?
Sakit... Percaya cakap aku.
 Sakit dia lebih sakit dari pisau terhiris dekat tangan.
Jangan berahsia, jangan berbohong.
Kalau anda dah berubah hati, bagi tahu dia.
Jangan buat dia tergantung tak bertali.
Setiap benda boleh diubah. Perasaan boleh dipupuk.
Setiap masalah ada jalan pelenyelesaiannya.
Lagipun klu kita dah betul2 cintakan dia, kita xkan teringin nak brubah hati..
Setiap apa yg kita buat dlm hubungan mesti jujur ..
Tu pada aku la, apa yg aku buat :)
Jujur je..mmg la jujur kadang2 buat dia terasa..
Tapi sekejap je tuu, bila dia analisis balik dia akan faham..
N time dia faham tu la saat paling indah...
Chewwwahhhh :)

4. Percaya khabar angin...
Ramai je orang yang benci dengan diri kita.. trust me..
Well, the fact is setiap orang memang akan ada haters yang tersendiri.
Tak ada punya lah orang yang tak ada haters.
Dan haters tu pulak, memang mustahillah nak duduk diam.
So, apa yang dieorang buat?
Dorang akan buat apa je untuk merosakkan hubungan korang berdua..
termasukkalah menyebarkan fitnah.
 So, bila dapat sesuatu berita kurang enak tentang kekasih kau tu, siasat.
Jangan terus serang. Kadang-kadang ada orang mahu jadi batu api.
Manusia zaman sekarang, sukar ditafsir...

5. Curang...
Mentang-mentang kekasih kau jauh di mata, kau pasang lain.
Ieeeee..jangan, tarik telinga kang baru tahu...
Kalau kau rasa kau tak boleh setia, lepaskan dia.
Jangan gantung dan buat don'ts nombor 3.
 Berterus terang lebih kurang sakitnya daripada kau berbohong.
Kesiannya klu kita buat org kita cinta mcm tuuu T_T
xmau xmau xmau...

 6. Fikir negatif..
Bila kita rasa insecure, kita akan start berfikiran secara negatif.
 Kita sering disogok yang LDR takkan pernah menjadi.
 Ada yang LDR dan berkahwin dan sekarang anak dah empat Berderet deret.
Kita kena lah positif dalam apa sahaja yang kau laukan.
 LDR  atau apa sahaja akan berhasil kalau kau tahu cara mengendalikannya..

7. Lupa berdoa...
Allah tahu apa yang terbaik.
Jadi doa minta Allah satukan kau berdua walau susah macam mana pun dugaan yang kau orang terpaksa hadapi.
 Allah duga kau sebab Dia sayang, sebab Dia tahu tahap mana kemampuan kau bertahan.
Aku rasa cukup sudah Do's and Don'ts untuk LDR ini.
Tak semestinya apa yang aku katakan ini betul. Ini adalah bicara melalui pandangan aku..
 Kalau suka, kau boleh ambil, kalau tak lupakan.
Allah juga yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Selingan sikit...kita berehat dgn kitkat :)
Hahahahhaaha
Ttup kes pasal LDR..
Aku perempuan..aku lemah..
Segala galanya lemah..
Golongan hawa golongan yg lemah,
Dan Dihadapan golongan hawa wajib ada si adam..
Iaitu lebih berkat sikit, mesti ada si suami yg melindungi :)
Aku berharap dan berdoa,
Sahabat aku sekarang adalah khalifah yg tepat utk aku..
Mohd idham, mencintaimu kerana ALLAH
♥♥♥♥

No comments:

Post a Comment

This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By NudraJuliet diary